Wednesday, 19 October 2011

Diri Saya







Pengetua Cemerlang SMK Kompleks KLIA, Nilai ini dilahirkan pada tahun 1962 di Melaka. Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Semangar, Kota Tinggi, Johor dari 1969 hingga 1974. Beliau kemudiannya mendapat pendidikan menengahnya di SMK Tun Habab, Kota Tinggi (Tingkatan 1, 1975) kemudiannya di SMK Seri Sendayan, Seremban (Tingkatan 2 dan 3, 1976-1977). Seterusnya beliau ke SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban (1978-1979) sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia untuk mendapat Diploma Sains dengan Pendidikan (1983) dan B.Sc. (Alam Sekitar) pada tahun 1986.Memulakan perkhidmatan sebagai Guru Penolong di SMK Kuhara, Tawau, Sabah pada 19 Ogos, 1986 hingga 30 April, 1994 (Jawatan terakhir Guru Penolong Kanan HEM). Beliau mula berkhidmat di Semenanjung Malaysia di SMK Senawang, Seremban mulai 1 Mei 1994 hingga 31 Disember, 1997 (Jawatan terakhir; Guru Penolong Kanan 1) Beliau menamatkan pengajian Masters di UKM pada 1997 dan ditempatkan di SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng, mulai 1 Jan. 1998 sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik. Beliau kemudiannya terpilih mengikuti program NPQH di IAB mulai 1 Mei 1999 hingga 31 Mei 2000 dan ditempatkan ke SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau sebagai Guru Penolong Kanan HEM. Pengalaman pengurusan pada peringkat tertinggi sekolah menengah bermula pada 19 okt. 2000 apabila beliau dilantik sebgai Pengetua di SMK Gemas, Gemas hingga 16 Ogos, 2004. Selanjutnya beliau ditukarkan ke SMK Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson mulai 17 Ogos, 2004 hingga 16 September, 2006. Beliau ditukarkan pula ke SMK Pendeta Za’ba, Seremban  hingga 31 Mei 2007. beliau kemudiannya diarah berkhidmat di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah hingga 15 Januari, 2009.  mulai 16 Januari 2009 beliau diarah berkhidmat di SMK Kompleks KLIA, Nilai hingga kini. Beliau adalah AJK MPSM Negeri Sembilan mulai 2004 hingga 2008 dan kini menumpukan perhatian sebagai Ketua Biro Penerbitan MPSM Kebangsaan dari Januari, 2005. Beliau adalah ahli MPCK sejak 2007.

No comments:

Post a Comment