Friday, 21 October 2011

Bengkel Membina Blog Pendidikan Untuk Guru SMKKKLIA

Program diadakan pada 19 Okt. 2011 (Rabu) mulai jam 2.15Ptg di Bilik Gerakan. Bimbingan diberikan oleh Cikgu Azudin dan Cikgu Hjh. Siti Yusrina di Bilik MPV.  Nampaknya semua guru berminat untuk membangunkan laman blog masing-masing. Semua guru melibatkan diri dengan aktif. Pengetua dan Guru Penolong Kanan 1 dan Kokurikulum juga turut mengambil bahagian. Adalah menjadi harapan selepas sebulan, iaitu menjelang 30 November, 2011, semua guru telah mempunyai laman masing-masing yang boleh dimanfaatkan untuk berkongsi segala maklumat dan pengetahuan antara satu dengan lain. Ingatlah, laman ini akan memberi manfaat kepada kita jika kita mampu menggunakannya dengan betul. Ia mampu menjadi pemacu ke arah keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kita kepada semua stakeholder dan pelanggan kita.....syabas semua guru SMKKKLIA!

No comments:

Post a Comment