Asssalamualaikum WRT & Salam Sejahtera....
Alhamdulillah, hari ini ada beberapa perkara berlaku yang sedikit sebanyak memberikan makna kepada kehadiran kita di sekolah khususnya SMK Kompleks KLIA yang didukung bersama oleh semua warganya...antara perkara yang berlangsung ialah;
1. Kuiz Lambaian Ka'abah yang tertangguh selepas latihan amalinya pada hari semalam (26/4/12), sambutan sangat menggalakkan. Tahniah murid tingkatan 4 & 5 2012 sekolah ini...sangat aktif!
2. Program penyerahan Anak Angkat Murid-Murid Kelas Tingkatan 1 Universiti Kebangsaan Malaysia (Anak Asrama PNB) kepada para ibu angkat. Ada yang mengambil 2 orang sekali gus anak angkat, kebanyakannya seorang. Apapun, Tahniah! dan syabas! guru-guru SMKKKLIA...Anda Prihatin! itulah kualiti "insan" pendidik yang tercermin melalui watak dan peribadi cikgu-cikgu!, saya nyatakan bahawa anda hebat!....suami anda juga! Mudah-mudahan Allah SWT menambah keberkatan dalam semua usaha-usaha kita berkat ketulusan dan keikhlasan cikgu-cikgu semua. Nampaknya GPK1, GPK HEM dan Ketua-Ketua Bidang juga tidak melepaskan peluang.... tahniah! anda semua beri contoh terpuji dan baik.
3. Mesyuarat APC tahun 2011 di PPD Seremban...Alhamdulillah segalanya berjalan sangat lancar, mudah-mudahan begitulah gambaran terbaik dapat kita berikan kepada pihak atasan kita tentang keharmonian dan kejelekitan persaudaraan kita di laman SMKKKLIA ini.
4. Dalam menangani masalah kutipan sumbangan PIBG yang dipohon kelulusannya daripada Pendaftar Sekolah JPN, saya kira sudah tiba masanya ibu bapa menyatakan pandangan mereka secara terus kepada pihak atasan pendidikan jika betul mereka sanggup menyumbang amaun lebih besar untuk kegunaan ke arah kecemerlangan anak-anak mereka. para guru juga harus berfikir semula sama ada mereka harus meneruskan perkara biasa yang dilakukan dengan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan tersebut. Tanpanya kita diberi peluang dan kesempatan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada P&P di kelas masing-masing. Cukup sekadar itu, eforts tambahan tidak harus dibebankan kepada pemikiran dan tenaga para guru, meskipun keprihatinan dan semangat cikgu begitu tinggi, namun kekangan yang ada tidak harus sampai kita melakukan di luar "kebenaran" pihak atasan...nantinya kita lihat sahaja hasilnya.
sekadar melontar sedikit bahan fikir kepada kita semua..... salam hormat!
No comments:
Post a Comment