Thursday, 26 April 2012

Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera....

Selamat bertemu pada lembaran kali ini...terlalu lama saya membiarkan blog ini tanpa sebarang penambahan bauh fikir buat semua...bukan tidak mahu ..cuma masih terkial-kial lagi nak meneruskannya....Kepada rakan-rakan pengetua di seluruh negara, saya ingin mengingatkan bahawa rakan-rakan sepatutnya telah menerima satu salinan Jurnal Pendidikan MPSM Edisi 2012 dan juga Buletin MPSM Edisi 2012 yang telah mula diedar ketika Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua 2012 di Kuantan mulai 11 hingga 14 April lalu. Jika rakan-rakan berkesempatan membaca isi kandungan kedua-dua terbitan itu, saya mengungkapkan suatu bahan fikir kepada kita semua untuk sama-sama kita cuba praktikkan dalam pengurusan seharian kita di sekolah. Ada sebab mengapa ruang Editorial Buletin dan Tajuk Esei saya di Jurnal berkenaan membincangkan banyak hal "softskills" dalam kalangan pemimpin pendidikan khususnya aspek komunikasi beradab antara semua warga sesebuah organisasi lebih-lebih lagi organisasi yang berasaskan "pendidikan" seperti sekolah, PPD, JPN dan KPM mahupun SPP.

Saya berpandangan bahawa akhlak Nabi SAW mesti menjadi rujukan semua pemimpin organisasi yang inginkan kecemerlangan bersifat sepadu (integrated) yang memastikan keberuntungan semua ahli sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Mengintegrasikan semangat budaya  ketimuran khususnya Bangsa Melayu,  keserasian akhlak Islami dengannya sangat ketara, justeru ia pasti boleh diaplikasi dan dipraktikkan . Satu ketika kita cuba mengintegrasikan semangat dan budaya kerja/memimpin ala korporat yang merendahkan darjat insan hingga ke tahap yang begitu rendah sehingga tidak lebih hanya sebagai "modal" daripada jenis "manusia" yang kebolehan dan keupayaannya mesti dimanipulasi semaksimumnya untuk meraih keuntungan material yang tinggi. ini sangat berbeza jika kita melihat ahli organisasi (manusia) itu sebagai manusia yang mempunyai "karamah insaniah" yang jika digarap dengan betul mengikut nilai keinsanannya akan pasti memberi pulangan lebih tinggi dan luar biasa.

Kita harus menggali dan terus mengongsikan sebanyak-banyaknya sifat-sifat dan ciri-ciri (atribut) cemerlang pada diri Rasulullah SAW selaku pemimpin terhebat dalam sejarah umat manusia hingga hari kiamat.....sekadar renungan.....salam

No comments:

Post a Comment