"TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM"
Sempena
'Eid-Al Mubarak 1433H
Ucapan "Selamat Menyambut dan Merayakan 'Eid-Al-Mubarak" serta "Taqabballahu Minna Wa Minkum" dihulurkan kepada seluruh sahabat handai, rakan taulan, warga pendidik, rakan guru SMKKKLIA serta murid-murid SMKKKLIA. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati Ramadhan yang kita tinggalkan pada masa yang sama dianugerahi rasa cinta yang sentiasa membara untuk terus komited dengan kerja-kerja kebaikan untuk diteruskan bermula syawal hinggalah Ramadhan akan datang. Di samping kegembiraan kita menyambut Eid fitri, kita juga harus berasa sedih kerana Bulan Rahmat, Bulan Ibadah, Bulan Keampunan, Bulan Kemudahan Ibadah serta Bulan Silaturahim yakni Bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita...kita tidak pasti namun amat mengharap semoga Allah SWT memberi kesempatan untuk kita bertemu dan menghayati Ramadhan akan datang. Bukan itu sahaja, kita juga mengharapkan Allah SWT terus memberi kesihatan yang sempurna kepada kita bagi meneruskan rangka "ibadah" kita kepada-Nya sepanjang tahun dan sepanjang hidup kita.
Pada kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar sepanjang Syawal ini, kita beriltizam untuk;
- Menghayati Syawal dengan mengikuti sebaik mungkin amal dan syariat merayakannya seperti yang dituntut dan digariskan oleh Islam melalui teladan Rasulullah SAW yang antaranya ialah;
- Pastikan "ZAKAT FITRAH" TELAH DILUNASI....
- Menghiasi Malam 'Eid Fitri dengan membanyakkan lafaz takbir, tahmid , tasbih dan zikir serta mengeratkan silaturahim
- Mandi sunat 'Eid Fitri
- Berwangi-wangian (Lelaki)
- Memakai Baju Yang Baru dan Yang Tercantik
- Pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat 'Eid Fitri
- Pergi dan balik dari masjid melalui jalan yang berbeza
- Makan sedikit sebelum ke Masjid
- Memperbanyak mengucapkan tahniah kepada rakan taulan, jiran dan seumpamanya dengan ucapan "TaqabbalLahu Minnan Wa Minkum" setiap kali bertemu.
- Sentiasa menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta benda serta insan lain melalui pelbagai saranan yang sentiasa dipesan melalui media, mimbar, pemimpin dan sebagainya
- Bagi calon-calon PMR dan SPM, anda harus sentiasa ingat bahawa "AMANAH" yang sedang anda pikul dan galas masih belum selesai, oleh itu gunakan cuti berhari raya ini dengan betul dan cermat..semoga anda TIDAK KESAL...
- Sentiasa ingat....membazir itu HARAM dan TIDAK DISUKAI ALLAH...berpadalah dalam segala hal...namun mercun itu juga suatu PEMBAZIRAN! dan orang yang MEMBAZIR itu adalah SAHABAT SYAITAN....
Sekian, salam 'Eid Fitri Al-Mubarak....
MFiah & Keluarga
No comments:
Post a Comment