Wednesday, 23 May 2012

PERAYAAN HARI GURU NSDK 2012


Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2012 diadakan di Padang MPS dengan dihadiri kira-kira 10,000 peserta. SMK Kompleks KLIA memberi komitmen 100% gurunya untuk hadir. Alhamdulillah! semasa majlis berlangsung, saya sangat sukacita kerana semua guru berjaya hadir..Tahniah! Cikgu!.... Untuk daerah Seremban, saya kira guru-guru di sebelah Bandar Baru Nilai adalah yang lebih jauh berbanding rakan-rakan di mukim lain di daerah ini. Syabas Cikgu!.


Terima kasih ditujukan kepada YAB DSU Haji Mohamad Haji Hasan kerana meraikan warga pendidik di negeri ini secara meriah dan besar-besaran. meskipun berulang kali dijelaskan beliau bahawa seberapa banyak wang dihabiskan untuk meraikan guru, ia tetap tidak mampu membayar jasa dan pengorbanan guru kepada negara. namun sebagai seorang guru...dulu, kini dan selamanya....kita harus berjiwa besar dengan mengucapkan terima kasih di atas ingatan yang begitu bernilai kepada kita. mudah-mudahan ia mampu membakar semangat dan daya juang kita untuk terus maju dan istiqamah melakukan "tajdid" kerana kita adalah "murabbi" yang bukan sahaja sebagai "mua'allim" atau "mudarris"...lebih tepat lagi kita adalah "mua'ddib", lalu sangat dituntut kita untuk ringan mengucap terima kasih kepada pihak yang menghulur dan meraikan kita.

Banyak perkara disentuh oleh YAB DSU MBNS dalam ucapan beliau, segalanya mampu kita "telah" dan kita hargai. Cita-cita, hasrat dan impian murni beliau dalam bidang pendidikan di negeri ini disusul dengan tindakan dan penjelmaan usaha gigih merealisasikan "lembah ilmu" meyakinkan semua pihak akan komitmen dan seriusnya beliau di lapangan ini. Tahniah! YAB DSU...

YBhg. Dato' Abd. Halim, Pengarah Pelajaran NSDK pula telah menyingkap kepada umum mengenai strategi dan teknik meningkatkan pencapaian akademik di sekolah-sekolah terpilih sepanjang tahun 2011. Tahniah ! dan Syabas juga buat beliau di atas kejayaan dan usaha-usaha menaikkan imej akademik negeri ini.

Pada majlis yang sama....Tokoh Guru 2012 sempena Hari Guru NSDK, YBhg. Dato' Haji Azam bin Md.Atan telah dipilih. Mantan Pengetua Cemerlang JUSA C dan Yang Dipertua MPSM Kebangsaan selama lebih 7 tahun itu begitu membanggakan seluruh warga pengetua di negeri ini dan MPSM Kebangsaan juga. Tuan Haji Muhamad Khailani (YDP MPSM Malaysia) dalam kenyataannya kepada "blogger" mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Hj. Azam yang menunjukkan bahawa jasa beliau sebagai peneraju Pengetua Malaysia begitu diiktiraf dan dihargai oleh semua kalangan. Tahniah! YBhg. Dato' Hj. Azam...

Pantun YAB MBNS
"Anak Bugis Pergi Ke Daik,
Sampai Di Daik, Hari Dah Terang,
Mulut nan manis, hati nan baik,
Sampai ke mati dikenang orang."


          

No comments:

Post a Comment