Monday, 14 May 2012

PERSIDANGAN "SOUTHEAST ASIA SCHOOL PRINCIPAL FORUM" 2012


Persidangan SEASPF kali ke-3 berlangsung di Hotel Aston, Den Pasar, Bali Indonesia dari 14 Mei hingga 17 Mei. Delegasi Malaysia terdiri daripada AJK MPSM Kebangsaan iaitu, KB R&D dan Pengantarabangsaan, Datin Noorul-Aini Ambak (Ketua Delegasi), Haji Mohd. Md.Isa (KB Profesionalisme), Hjh. Shamshiah Ahmad (YDP WPKL) dan blogger (KB Penerbitan). 

Perjalanan ke Bali menerusi penerbatnag Air Asia QZ8392 berlepas dari LCCT KLIA pada jam 9.25 Pagi dan tiba di LT Banda Ngurah Rai, Bali pada jam 12.25 Tengahari. Kami dibawa ke Hotel Aston oleh Guru bernama Komang Siaga, Guru ICT di SMA Negeri 3, Den Pasar dan tiba jam 2.15 Petang.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Bapak Prof. Dr. Musiar Kassim. Majlis dilengkapi dengan persembahan kebudayaan selamat datang oleh para pelajar dari sekolah SMA Negeri 4, Den Pasar. Dalam ucapan beliau kepada delegasi dari 12 negara termasuk Korea, Kampuchea, Myanmar, Laos, Thailand, Malaysia, Brunei, Filipina, Timor Leste, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Beliau menegaskan bahawa hasrat pendidikan iaitu bagi melahorkan murid yang bijak dan baik akhlaknya., Itulah "karekter" yang dikehendaki oleh negara ketika ini.

Pada kesempatan ini, KB Penerbitan telah menghadiahkan Timbalan Menteri berkenaan senaskhah Jurnal Pendidikan MPSM Edisi 2012 sejurus tamat majlis perasmian tersebut.


Bergambar bersama Tim. Menteri Pendidikan Indonesia selepas menghadiahkan beliau Jurnal Pendidikan MPSM 2012

Datin Noorul-Aini menerima cenderamata daripada Timbalan Menteri Pendidikan & Kebudayaan Indonesia



Perwakilan Malaysia, dari kiri Hjh. Shamshiah, Haji Md.Fiah dan Haji Mohd. sedang mengikuti majlis perasmian pada malam 14 Mei 2012.

Perwakilan Malaysia bergambar di pentas persidangan di Aston Hotel, Den Pasar, Bali, Indonesia.






No comments:

Post a Comment