Wednesday, 23 May 2012


PERAYAAN HARI GURU NSDK 2012

Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada malam 22 Mei yang lalu bertempat di Padang MPS. Bermula dari jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam. Majlis diadakan khusus oleh YAB Menteri Besar NSDK bagi meraikan warga guru di negeri ini. Dalam ucapan beliau, dengan penuh sedar, beliau menyatakan bahawa walau banyak manapun wang yang dibelanjakan untuk meraikan guru-guru di negeri ini, namun ia tidak sekali-kali dapat membayar pengorbanan dan jasa para guru. Beliau berterima kasih kepada warga guru kerana telah berusaha dengan gigih sehingga NS sejak 5 tahun kebelakangan ini sentiasa berada dalam kelompok teratas dalam semua peperiksaan awam. Inilah sebahagian cara yang dapat dilakukan oleh beliau dan kerajaan negeri untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga pendidik di negeri ini.

Terdahulu daripada itu, YBhg. Dato’ Abd. Halim b. Abdul Razak, Pengarah Pelajaran NS juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada warga pendidiknya yang telah bertungkus lumus menaikkan tahap kecemerlangan akademik di negeri ini. Beliau begitu puas hati dan gembira apabila mampu membantu dan menolong sekolah-sekolah untuk maju dan meningkat kecemerlangannya di dalam semua aspek pendidikan.

Pada majlis yang sama, YBhg. Dato’ Haji Azam bin Md.Atan, Mantan Pengetua Cemerlang JUSA C, SM Sains Rembau, mantan Yang Dipertua MPSM Kebangsaan selama lebih 7 tahun telah dinobatkan sebagai “Tokoh Guru 2012”. Ia sekaligus meningkatkan keyakinan dan semangat para pengetua sedia ada untuk terus berusaha memartabadkan pendidikan di negeri ini. Dato’ Haji Azam merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dan pimpinan beliau sepanjang  kerjayanya sebagai pemimpin pendidikan tidak dapat disangkal akan kecemerlangannya. Tahniah! Dato’ Azam.

Blogger mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menganjurkan majlis tersebut. Jamal Abdillah yang ditampilkan sebagai enghibur jemputan juga menghiburkan. Kesimpulannya…suatu majlis yang “sukses!”..terima kasih semua.







Pantun YAB DSU Hj. Mohamad Hj. Hasan (MBNS)

“Anak Bugis Pergi Ke Daik,
Tiba di Daik Hari Dah Terang,
Mulut yang manis, hati nan baik,
Sampai mati kan dikenang orang”

No comments:

Post a Comment